17 Februari - Sekalung tahniah kepada Kem Bola Baling kerana
mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan Bola Baling MSSD Hulu
Langat. Syabas kepada skuad perempuan yang dipimpin oleh Cikgu Erlina,
Cikgu Hafiz dan Cikgu Shaziah. Skuad Bola Baling Perempuan merangkul
kedudukan Naib Juara selepas tewas Final kali ke-3 dalam tempoh 8 Tahun.
Masih belum diperkenankan untuk dinobatkan sebagai Juara tetapi
semangat juang yang dipamerkan amat membanggakan SKAC dan warganya.
Perlawanan Akhir tersebut berkesudahan SKAC 4 vs 5 SK Kg Cheras Baru. Terima kasih pada Tuan Guru Besar kerana sudi hadir menyaksikan
perlawanan.
Manakala skuad lelaki bawah 12 hanya mampu sehingga ke
peringkat Suku Akhir apabila tewas kepada tuan rumah Sk Bandar Rinching
dengan keputusan SKAC 1 vs 3 SK Bandar Rinching. SK Bandar Rinching
menjadi Naib Juara pada temasya kali ini. Untuk makluman, 4 jaringan
pemain SKAC dibatalkan ketika perlawanan tersebut. Apa pun tahniah
kerana telah berjuang habis habisan. Skuad lelaki dipimpin oleh En. Meor
Ahmad Faisal.
Cuba lagi tahun hadapan dengan moto skuad Bola Baling SKAC yang sama iaitu 'Respect All Fear None'. 5 orang pemain bola baling SKAC telah berjaya
terpilih untuk mewakili pasukan Hulu Langat bagi perlawanan peringkat Negeri yang
dijadualkan berlangsung di UITM Shah Alam.
Lima orang murid tersebut ialah:
1. Mohd Ikhbal Syafiq Bin Tinglan.
2. Mohd Danial Adha bin Abdullah.
3. Nur Amira Balqis Bt Khamis.
4. Nurul Esha Ezzaty Bt Khairul Azwar.
5. Noor Atikah Bt Misyadi.





0 Comments