Pada 1/12/2021 telah diadakan pemeriksaan rapid antigen kepada lebih kurang 62 orang murid yang terpilih. Semua murid ini telah mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga masing-masing. Pada mulanya, kebanyakkan murid mengalami kesukaran untuk membuat ujian tersebut secara sendiri memandangkan hal tersebut merupakan kali pertama mereka didedahkan dengan kit ujian kendiri Covid-19.
Penerangan cara penggunaan yang betul telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Mohd Shah. Selain itu, terdapat 3 orang guru yang turut membantu memantau murid membuat ujian iaitu En Ahmad Fatwa, En Jafri dan En Muhammad Zakwan.
0 Comments