Pada 31 Januari 2020, panitia Pendidikan Islam SKAC telah mengadakan Program Santai Jumaat - Siri 1. Program ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin yang dipimpin oleh Ust Muhammad Afandie bin Yahaya iaitu selaku juga penceramah jemputan pada hari tersebut. Beliau merupakan guru yang mengajar di SK Kg. Baharu Lanjut, Sepang.
Selesai bacaan Yassin, aktiviti ceramah disampaikan oleh Ust Muhammad Afandie bin Yahaya sehingga jam 8.30 pagi. Terdapat sesi kuiz ringkas dijalankan. Penyampaian saguhati telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Fadzil bin Ariffin.
0 Comments