KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Pada 10 Februari 2020, program Kelas Tambahan Tahun 6 telah bermula. Kelas tambahan ini dijalankan selepas waktu persekolahan selama 30 minit iaitu bermula jam 1.20 petang hingga 1.50 petang. Program ini dijalankan setiap hari bermula hari Isnin hingga Khamis dan berlangsung hingga sebelum peperiksaan UPSR dijalankan. Guru yang terlibat dengan kelas tambahan ialah guru-guru tahun 6.





 

Post a Comment

0 Comments