Pada 15 Februari 2020, telah diadakan program Larian AC-Thon. Penyelaras program ialah En Muhammad Hanafi. Program dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Pn Erlina. Sebelum aktiviti senamrobik, setiap murid diberikan tag badan mengikut rumah sukan dan kategori masing-masing. Seterusnya, upacara perasmian telah disempurnakan oleh En Suhaimi bin Salleh, YDP PIBG SK Ampang Campuran.
Pelepasan murid telah dimulakan dengan murid tahun 6 dan diikuti murid PPKI, murid tahun 5 dan murid tahun 4. Murid tahun 1 berkumpul di dewan.
Alhamdulillah, program Larian AC-Thon berjalan lancar. Cuma terdapat beberapa orang murid yang cedera ringan. Terima kasih kepada wakil pegawai dari MPAJ, wakil ibu bapa dan bekas murid SK Ampang Campuran yang turut memandu dari segi kawalan lalu lintas. Terima kasih juga kepada wakil APM Cheras yang pantas membantu murid-murid yang cedera.
Majlis penutupan Larian AC-Thon telah diadakan di Dewan Bestari. Keseluruhannya, rumah Merah telah berjaya menjadi johan bagi larian kali ini. Tempat kedua ialah rumah Biru dan diikuti rumah Hijau di tempat ketiga serta rumah Kuning di tempat keempat.
Berikut ialah video perjalanan sepanjang program Larian AC-Thon 2020 berlangsung. Selamat menonton.
0 Comments