PROGRAM JALINAN MESRA MODAL INSAN TERBILANG

Pada 2 Februari 2020 telah diadakan Program Jalinan Mesra Modal Insan Terbilang di Dewan SK Ampang Campuran. Program ini merupakan satu program yang dirangka khas untuk memberikan pendedahan dan memotivasikan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan anak-anak. Program ini dirancang supaya ibu bapa dapat memperolehi tips dan kemahiran tertentu untuk mendidik anak-anak mereka.

Program ini melibatkan ibu bapa atau penjaga dan guru murid Tahun 2 dan Tahun 3. Program ini diadakan di Dewan Bestari, SK Ampang Campuran. Selain itu, program ini juga dihadiri tetamu jemputan iaitu Cik Nor Suryati binti Abd Rahman, Pegawai PPD Hulu Langat merangkap perasmi majlis yang diadakan.  Seterusnya, penceramah jemputan pula ialah Pn Rosmimah binti Embi.






Post a Comment

0 Comments