Pada 5 Mac 2020, telah diadakan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Zon Ampang di SK Pandan Jaya. SK Ampang Campuran telah menghantar wakil murid untuk menyertai pertandingan yang diadakan iaitu pertandingan:
1. Nasyid terbuka.
2. Hafazan lelaki.
3. Hafazan perempuan.
4. Tilawah al-Quran lelaki.
5. Tilawah al-Quran perempuan.
6. Daie cilik lelaki.
7. Daie cilik perempuan.
Alhamdulillah, SK Ampang Campuran berjaya merangkul tempat johan bagi pertandingan daie cilik lelaki dan perempuan yang diwakili oleh Muhammad Adam bin Azmi dan Nurul Hana bin Azmi. Tahniah diucapkan kepada guru yang melatih iaitu Ustazah Syafiqah dan semua guru lain yang terlibat.
0 Comments