Pada 19 September 2020, telah diadakan majlis Persaraan bagi Pn Norshimah Daud iaitu kerani Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran. Majlis telah bermula pada jam 11.30 pagi dengan perarakan masuk yang diraikan. Kemudiannya diikuti dengan ucapan guru besar dan tayangan video khas berkaitan yang diraikan. Seterusnya, ialah ucapan dari yang diraikan sendiri iaitu Pn Norshimah Daud. Upacara pemberian hadiah kenang-kenangan diadakan selepas ucapan tersebut. Sebelum aktiviti makan tengah hari, semua pentadbir diminta bersama yang diraikan berada di atas pentas untuk upacara memotong kek.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan yang diuruskan oleh Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan 2020. Terima kasih kepada semua guru, warga sekolah dan ahli keluarga yang sama-sama datang untuk memeriahkan majlis persaraan yang diadakan.
0 Comments