Pada 18 September 2020, antara pertandingan yang dijalankan ialah pakaian tema kemerdekaan terbaik bagi kategori murid dan guru. Setiap guru subjek pertama setiap kelas, memilih 3 murid yang mempunyai pakaian terbaik yang menepati tema dan meminta mereka turun ke dewan. Kemudian, diadakan pertandingan antara tahun dengan meminta setiap murid bagi setiap tahun, memperagakan pakaian mereka di atas pentas. Pertandingan ini diadili oleh 3 orang hakim iaitu Pn Rositah, Pn Zainun dan Pn Zuliatul. Aktiviti penyampaian hadiah pula, terus diadakan setelah sesi penghakiman yang disampaikan sendiri oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Haida Hassan di Dewan Bestari.
Kemudian, selepas rehat pula diadakan aktiviti mewarna topi merdeka bagi murid tahun 1 dan 4. Manakala murid tahun 5 dan 6 terlibat dengan pertandingan membina menara berkembar menggunakan bahan terbuang. Untuk pertandingan membina menara berkembar, guru akan memilih 5 orang terbaik untuk setiap kelas. Seterusnya, sebelum tamat waktu persekolahan, diadakan aktiviti penyampaian hadiah untuk guru yang memakai pakaian yang bertepatan dengan tema kemerdekaan.
0 Comments