SAMBUTAN HARI GURU

Pada 19/5/2022, telah diadakan sambutan hari guru. Sambutan ini melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6. Murid prasekolah dan PPKI juga terlibat. Sesi persekolahan dibuat satu sesi. Sambutan dimulakan dengan semua murid berkumpul di dataran perhimpunan. Terdapat beberapa persembahan murid yang telah disediakan untuk tontonan semua pada hari tersebut. Antaranya persembahan nyanyian daripada kelas 5 Delima di bawah bimbingan Cikgu Packiam dan murid PPKI di bawah bimbingan Cikgu Zubir. Program diteruskan sehingga waktu rehat kemudian murid tahap 1 mula bergerak masuk ke kelas untuk aktiviti yang dirancang. Hanya murid tahap 2 sahaja berada di dataran perhimpunan.

















Post a Comment

0 Comments