Pada 25 Jun 2022, telah diadakan mesyuarat agong PIBG 2022/2023 kali ke-34 di Dewan Bestari. Mesyuarat kali ini dimeriahkan dengan kehadiran pihak daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Sepanjang mesyuarat berlangsung, turut diadakan pelbagai aktiviti lain di sekitar dewan seperti:
- Pemeriksaan kesihatan.
- Perkhidmatan keluarga LPPKN.
- Pendaftaran WCare.
- Pendidikan keluarga.
- Kaunseling keluarga.
- Kaunseling remaja.
Sebelum mesyuarat berlangsung, satu bicara keluarga khas yang bertajuk "Kasih Bapa, Pelindung Keluarga" telah disampaikan oleh En Md Noh Saiman selaku Ketua Unit Kaunseling dan Intervensi LPPKN. Perasmian mesyuarat agong kali ini, dirasmikan oleh YBRS Tuan Haji Abdul Syukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN. Sepanjang majlis mesyuarat berlangsung, terdapat lebih 50 hadiah cabutan bertuah yang disediakan untuk semua yang hadir.
0 Comments