LATIHAN SILAT GAYONG PERDANA

Pada 16 Julai 2022, telah diadakan latihan silat perdana di dalam dewan sekolah. Program latihan ini melibatkan semua murid yang berminat untuk mengikuti latihan silat Gayong. Mulanya, sesi latihan silat perdana ini dimulakan dengan kata aluan dari guru penolong kanan HEM, En Muhammad Shah. Selepas itu, satu demonstrasi silat telah dipersembahkan. Kemudian, semua murid yang hadir dikumpulkan dan dibawa ke padang untuk aktiviti senaman badan manakala semua penjaga murid pula berada di dalam dewan untuk sesi taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh cikgu Zaidi. 

Bermula pada minggu ini, sesi latihan silat akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Latihan bermula daripada jam 8.45 pagi sehingga jam 10.30 pagi sahaja.











Post a Comment

0 Comments